Anak Panah~

Ahad, 30 September 2012

Hati yang sakit :'(

                                                    

Hai korang.. Hm, Malam ni , pada jam 11.28 Sue tulis entry ini. Sue nak cerita pasal satu benda dekat korang.. Sue ada Facebook. Ramai kawan. Sue ada kawan dengan sorang budak lelaki ini. Sue tak tahulah, Kalau dengan kawan kawan Sue yang lain, nak pulak dia Chatting. Sebenarnya dekat FB tu, banyak kali juga la Sue try tegur dia, tapi die tak balas. Sedih ada , malu pun ada. Bukan sekali,  tapi banyak kali. Sapa tak sedih and malu. Kalau boleh Sue hendak kawan dengan semua orang. Taknak ada musuh musuh. Nanti susah nak belajar.



Kita orang selalu jumpa, tapi bercakap jauh sekali. Bab tu Sue tak kesah la sangat. Tapi bila, yang Bab FB tu, Sue memang tak dapat terima. Hari tu dalam Bulan September, Sue ada tegur dia. Tapi macam biasalah, dia macam tu juga. SEDIH ! dan yang paling penting, Sue malu tahu tak !! Dia buat Sue ni macam takda harga diri. At least pon tegur la. Bukan orang nak buat apa pun. Ingat dia tu bagus sangat ke?! He, kawan Sue cakap, budak macam dia takyah layan sangat. Kita orang selalu je kutuk kutuk dia. Fikir dia bagus sangat la.

Kawan Sue cakap, jangan kita menjadi hamba kepada lelaki. Kalau sayangkan seseorang tu, berpada pada. jangan sampai tak ingat mak ayah. Kawan Sue cakap, kalau kita nak buat something, ingat muka mak ayah kita. Tatap muka dia orang. Jangan kerana lelaki, kita mengorbankan agama, kita mengorbankan harga diri kita. Berfikir sebelum buat sesuatu. Tak salah sayangg seseorang, sebab benda tu fitrah manusia. Allah jadikan kita semua ni , saling lengkap melengkapi. So, kalau sayang seseorang, sayanglah kerana Allah. Nikahi dia, dan yang paling penting, bimbing dia ke jannahNya. Itulah yang diimpikan semua kaum wanita.

Sue cuba tanam dalam diri Sue untuk benci dia , tapi tak boleh. Sebab Sue takut perasaan tu akan jadi lain, mungkin dendam dan mungkin suka. Antara dua tu, Taqdir Allah yang menentukan :)


Khamis, 19 Julai 2012

Happy Birthday !

                                      

Hai , Hari nie birthday Sue la . Taknak wish ke ? -.- Hmm , pagi tadi subuh subuh bangun awal dari yang biasa , dalam pukul 5.45 pagi macam tu la . SEMANGAT ! Haha , Hari Jadi sendirikan ? Sapa lagi nak bagi semangat dekat diri. Kalau pakwe ? Sue takdek Pakwe . HUHU . Selalunya Sue bangun dalam pukul 6 pagi . Hehe . Lepas itu siap siap pergi sekolah , hurm naik keretalahkan ? Bila dah sampai sekolah, tolong mak bawak makanan , sebab mak nak buat jamuan. Bila masuk kelas je , kawan kawan semua dah pandang pelik , ada yang tersenyum senyum , Pastu ada yang berbisik bisik , Aishh ! Tapi nasib aku tahu sebabnya . Huhu . Of course about my birthday :)

Pastu hari tu kita orang belajar macam biasa je . Mula-mula pelajaran Tauhid Fekah , belajar pasal AKIDAH , huhu . SERONOK ! Pastu kelas Bahasa Melayu , kita orang kena buat sketsa ! Taktau kenapa since pagi tu aku masuk kelas terus hati berdebar-debar sampai habis kelas Bahasa MeLAYU, maybe sebab sketsa tu kot :) Pastu lepas sketsa elok je debaran tu hilang , memang rasa berdebar gila . Aishh -.- Hmm, lepas habis sketsa yang BABAK 2 tu , MAZNI HANUM keluarkan something , ha ... Jeng jeng jeng , Kek Cokelat la , Sedap ! atasnya ada warna warni ada chip lg, nyumm . Sayang korang . Haha :)




                                           

                                                  Ibarat macam nie la kek cokelatnya :)

Semua cikgu masuk kot , kecuali ustaz Ridwan . Elok je time rest aku nampak dia dekat tepi koridor. Sembang dengan Zakiah Hanim. Eh betul ke nama dia tu ? bantai jela -,- Taktau mana menghilang time our class :) biasalah kitaorang nie nakal , tak sedar sedar nak exam , termasuk aku . Haha . PEACE ! Haha , hari tu tetine ustaz marah marah , nasib la hari tu setengah jam je . Haha . Tapi sebenarnya aku suka dengar cikgu membebel , sebab , sebab nak tau kenapa ? Cikgu membebel menaikkan semangatku . HuHu .


Pastu lepas kelas Bahasa English kita orang belajar grammar , serabut gila aku time tu . Huh , nak cakap faham , faham la jugak . Nak kata Faham tak boleh jugak . Sebab aku memang faham . Teacher ada bagi homework , bila aku try buat , rupa rupanya SUSAH gila nak buat ayat tu ! Aishhh . Sedih gila . Tu yang aku layu sikit time tu , dah la baru lepas rehat , lepas makan je mengantuk .

Ha , time nie ustaz tak masuk . Ustaz sapa lagi , ustaz Ridhwan la :) Time nie la aku tengah serabut serabut buat homework , Tetibe kedengaran alunan "Allah Selamatkan Kamu, Allah selamatkan kamu, Allah selamatkan Suhaili! " Haha , terharu gila aku, sampai tertunduk . Kawan kawan aku ingat aku menangis , HAHA . But thanks to all my friends , Love you all :)

Aku tak perlukan hadiah , material , Yang aku perlukan kasih sayang korang , Semangat koranng . Aku doakan persahabatan kita kekal ABADI . Allahuakhbar ! Sayang Korang dunia akhirat :) Budak lelaki dan juga budak perempuan !



Khamis, 28 Jun 2012

Rahsia Amalan Wanita Solehah ~


                                            


                                                                                                                                                                                              

1. Mendirikan solat
Semua manusia yang sudah mencapai umur baligh diwajibkan keatasnya solat fardu lima waktu sehari semalam. Solat fardu dengan rajin  dan lakukannya solat sunat bagi menampung kekurangan yang terdapat pada solat wajib itu tadi.

2. Menjaga solatnya
Seseorang yang wajib solat dituntut juga khusyuk ketika menunaikan kewajipan itu. Selain khusyuk,menunaikan solat juga dituntut beristiqamah iaitu melakukan solat dengan berterusan mengerjakannya serta menjaga waktunya, ini bermaksud solat itu mesti diawal waktu dan tidak berlengah- lengah.

3. Bersyukur dan redha
Manusia ini biasa mempunyai tabiat yang buruk kerana apabila ditimpakan ujian atau musibah sering mengeluhdan adakalanya seperti menyalahkan takdir. Sebaiknya kita bersyukur dan redha dengan setiap pemberian Allah.

4. Selalu bersedekah
Murah hati adalah sifat yang mulia. Kehidupan akan menjadi indah dan bahagia apabila semua orang ada perasaan ingin saling bantu membantu sesama saudara seagama. Sehingga malikat berdoa agar orang yang rajin memberi sedekah itu Allagh S.W.T akan gantikan dangan ganjaran yang berlipat kali ganda.

5. Menjaga maruah diri
Untuk menjadi wanita solehah hendaklah wanita itu menjaga maruahnya dengan menutup aurat dengan betul.memelihara diri dan kehormatannya serta menjauhi perlakuan yang boleh mendorongnya  melakukan maksiat dan perbuatan keji.

6. Takut murka Allah
Wanita solehah sentiasa patuh kepadaajaran Allah dan menjauhi semua laranganNya. Walaupun  Allah tidak dapat dilihat tetapi sentiasa merasakan Allah itu maha melihat semua perbuatan hambaNya.

7. Menjaga amanah.
Sebagai wanita perlulah menjaga amanah yang telah dipikulkan ke atasnya seperti amanah menjadi seorang isteri, seorang ibu , seorang pekerja, seorang tertangga. Amanah kepada Allah seperti di dalam surah Al-Fatihah , ‘kepada Engkau kami menyembah dan kepada Engkau kami memohon pertolongan.

8. Pandai mengaji Al-Quran
Wanita solehah  selain solat, menjaga solatnya dengan istiqamah, menjaga amanah dan memelihara diri, mestilah juga tahun mengaji quran dan suka /sering menjadikan Quran itu sebagai sahabatnya. Sesungguhnya rumah yang tidak diperdengarkan alunan bacaan Quraan ibarat sebuah kubur.