Anak Panah~

Ahad, 30 September 2012

Hati yang sakit :'(

                                                    

Hai korang.. Hm, Malam ni , pada jam 11.28 Sue tulis entry ini. Sue nak cerita pasal satu benda dekat korang.. Sue ada Facebook. Ramai kawan. Sue ada kawan dengan sorang budak lelaki ini. Sue tak tahulah, Kalau dengan kawan kawan Sue yang lain, nak pulak dia Chatting. Sebenarnya dekat FB tu, banyak kali juga la Sue try tegur dia, tapi die tak balas. Sedih ada , malu pun ada. Bukan sekali,  tapi banyak kali. Sapa tak sedih and malu. Kalau boleh Sue hendak kawan dengan semua orang. Taknak ada musuh musuh. Nanti susah nak belajar.



Kita orang selalu jumpa, tapi bercakap jauh sekali. Bab tu Sue tak kesah la sangat. Tapi bila, yang Bab FB tu, Sue memang tak dapat terima. Hari tu dalam Bulan September, Sue ada tegur dia. Tapi macam biasalah, dia macam tu juga. SEDIH ! dan yang paling penting, Sue malu tahu tak !! Dia buat Sue ni macam takda harga diri. At least pon tegur la. Bukan orang nak buat apa pun. Ingat dia tu bagus sangat ke?! He, kawan Sue cakap, budak macam dia takyah layan sangat. Kita orang selalu je kutuk kutuk dia. Fikir dia bagus sangat la.

Kawan Sue cakap, jangan kita menjadi hamba kepada lelaki. Kalau sayangkan seseorang tu, berpada pada. jangan sampai tak ingat mak ayah. Kawan Sue cakap, kalau kita nak buat something, ingat muka mak ayah kita. Tatap muka dia orang. Jangan kerana lelaki, kita mengorbankan agama, kita mengorbankan harga diri kita. Berfikir sebelum buat sesuatu. Tak salah sayangg seseorang, sebab benda tu fitrah manusia. Allah jadikan kita semua ni , saling lengkap melengkapi. So, kalau sayang seseorang, sayanglah kerana Allah. Nikahi dia, dan yang paling penting, bimbing dia ke jannahNya. Itulah yang diimpikan semua kaum wanita.

Sue cuba tanam dalam diri Sue untuk benci dia , tapi tak boleh. Sebab Sue takut perasaan tu akan jadi lain, mungkin dendam dan mungkin suka. Antara dua tu, Taqdir Allah yang menentukan :)


Tiada ulasan:

Catat Ulasan