Anak Panah~

Khamis, 21 Jun 2012

Allah ~

                                     

Sue Cinta MAK ABAH kerana Allah :)

22 JUN 2012 ------> PPIM adakan kem dekat SAM Rawang. Sue salah seorang yang terpilih. Sue harap program ini nanti akan dapat sebanyak sedikit mentarbiyah Sue. Sue nak lupakan SEMUA.
Sue rasa sejak kebelakangan ini hidup Sue tidak terurus. Kadang-kadang buat satu kerja tu rasa macam tidak ikhlas. Insya-Allah dalam program ini Sue akan cuba tenangkan diri Sue. Sue nak cari balik diri Sue yang hilang. Lelaki yang Sue suka pun Sue nak lupakan. Tak guna Suka pada orang yang tak sudi. Itulah prinsip Sue. Sue nak jadi Pecinta Yg Setia. Kalau sekali Sue suka seseorang itu, Sue akan setia. Tapi kalau orang tu curang, Sue tak yakin Sue dapat terima balik orang tu.
 
Kadang-kadang Sue menangis, sebab rasa penat sangat. Lagi-lagi tahun ini nak SMA kn ? Kadang-kadang makan pun tidak terurus. Homework banyak. Korang bayangkan , Sue pergi sekolah pukul 7.00 am, makan time rest dekat sekolah pukul 11.00 . Lepas itu balik sekolah Sue tidur sampai asar. Rasa penat sangat sangat. Maghrib baru Sue makan. Dalam masa yang sama Sue buat kerja rumah. Kerja Rumah okey lagi , sebab dah biasa . PEREMPUANKAN ?

Sue selalu terfikirkan masa depan. Sue nak kerja yang baik-baik. Tolong mak abah. Senangkan Mak Abah. Hmm, tapi kadang-kadang , Sue menjadi seorang yang PEMALAS amat. Kalau Sue tengah rajin , memang Sue akan menjadi seorang yang sangat sangat rajin. Bukan nak berbangga, tapi itulah hakikatnya :) Hehe.

Cita-cita Sue nak jadi Guru. Kalau boleh nak jadi guru Mathematics. Bestkan belajar M3. Tapikan kadang-kadang dalam exam, M3 Sue akan gagal . Hm, tak tau apa masalahnya! Mungkin Sue malas nak study kot. SEDIH !




                                                                                                                                                                                                                          
Seronok jadi guru. Penat tu adatlah. Mana ada kerja yang tidak penat~
Hmm okey la , Sue nak rest . Assalamualaikum~

Salam Sayang Sue Shieraishi

Tiada ulasan:

Catat Ulasan